6 warga Nigeria ditahan terlibat pergaduhan - Utusan Malaysia

6 warga Nigeria ditahan terlibat pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 April – Polis menahan enam warganegara Nigera di Cyberjaya, dekat sini kelmarin selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini pada 8 April lalu.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 10.30 malam itu, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 25 tahun sehingga 35 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, tangkapan tersebut dilakukan hasil tiga laporan yang diterima pihaknya daripada tiga mangsa yang cedera dalam pergaduhan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil siasatan lanjut, pergaduhan tersebut berlaku ekoran salah faham di antara tiga kumpulan membabitkan warganegara itu.

“Kesemua suspek telah tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh.

“Sehubungan itu, kesemua suspek kita tahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar di Dang Wangi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini