Raja Puan Muda rasmi Hari Anugerah SM Sains Tuanku Syed Putra - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda rasmi Hari Anugerah SM Sains Tuanku Syed Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 15 April – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kali ke-41 2019’ di Dewan Seri Pulai sekolah berkenaan di Jalan Padang Behor, Behor Pulai di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengetua Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan itu, Mohd. Saharuddin Sadali.

Pada majlis tersebut, Mirrah Matni Mohd. Sharif dari pusat bandar ini menerima Anugerah Tuanku Syed Putra kerana memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 6A+ dan 3A.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Shahir Roswadi dari Kampung Padang Melangit yang memperoleh keputusan 10A dalam

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Asputra.

Dalam titah perutusan baginda, Tuanku Lailatul Shahreen mengingatkan para pelajar supaya terus menambah ilmu yang bermanfaat untuk diri, agama dan negara.

“Pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan ramai tenaga pakar, malahan meningkatkan kemahiran dan taraf pendidikan rakyat yang setanding dengan negara-negara yang maju,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini