Regatta Lepa Semporna: 500 anggota keselamatan bertugas - Utusan Malaysia

Regatta Lepa Semporna: 500 anggota keselamatan bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA 15 April – Sebanyak 500 anggota pasukan keselamatan akan ditugaskan sempena perasmian Regatta Lepa Semporna, di sini pada 26 dan 27 April ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Peter Umbuas berkata, semua elemen pasukan keselamatan melibatkan udara, laut serta darat diatur bagi mengukuhkan tahap keselamatan sepanjang festival tersebut.

“Semua agensi keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah terlibat dalam pengawasan keselamatan termasuk kawalan lalu lintas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada 17 April ini kita akan beri kepada taklimat kepada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mengenai rancangan keselamatan sempena Regatta Lepa ini,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan menembak antara agensi dan media anjuran KD Sri Semporna sempena Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Peter memohon kerjasama semua pihak agar melapor segera kepada pasukan keselamatan jika mempunyai maklumat berhubung ancaman atau salah laku jenayah, supaya tindakan segera dapat di ambil.

Jelasnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Sambutan Regatta Lepa Semporna kali ke-25 akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah merangkap Anggota Parlimen Semporna, Datuk Mohd Shafie Apdal manakala tetamu kehormat dijangka hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini