Polis tahan 8 lelaki, rampas syabu RM15,000 - Utusan Malaysia

Polis tahan 8 lelaki, rampas syabu RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 15 April – Polis menahan lapan lelaki tempatan serta merampas 23.50 gram syabu bernilai RM5,850, dalam satu serbuan ke sebuah pondok tidak beralamat di Long Lama, Baram pukul 12.25 tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jabatan Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur 25 hingga 53 tahun dengan dua suspek tersebut bekerja sebagai buruh dan manakala tujuh lagi penganggur.

“Empat suspek positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui dadah syabu dalam paket plastik lustinar dan keratan tiub straw di dalam satu beg silang.

“Kesemua suspek tiada rekod jenayah lampau dan kini ditahan di lokap Balai Polis Marudi untuk membantu siasatan di bawah Sekyen 39A akta yang sama,” katanya lagi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini