KL Kopites (KLK) yang ditubuhkan sekumpulan penyokong tegar Liverpool pada 2012 akan mengadakan Makan Malam Gala di Bukit Kemuning Convention Centre pada 12 Mei ini yang akan dihadiri beberapa legenda The Reds.
Majlis tersebut turut dihadiri legenda bola sepak negara serta dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan.
Tujuan utama KLK ditubuhkan adalah untuk mengumpul seramai yang boleh peminat setia Liverpool di bawah satu platform rasmi bagi sama-sama berkongsi dan memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.
Ketika ini, KLK sudah mengumpul 2,000 ahli berdaftar dengan 600 ratus daripadanya ahli aktif di sekitar Lembah Klang.
Baru-baru ini, KLK menganjurkan majlis pengumpulan jersi Liverpool yang berjumlah 1,278 helai yang turut mendapatk pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR).
Selain itu, KLK turut menganjurkan lawatan ke Kota Kinabalu dan Medan pada baru-baru ini malah turut mengadakan dua majlis utama yang dapat menarik 1,000 pengunjung keseluruhan.
KLK turut membawa 80 ahlinya ke Anfield dalam tempoh dua tahun ini untuk menyaksikan 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) secara keseluruhan.
Lebih daripada 15 bekas pemain Liverpool membuat lawatan di rumah kelab mereka dalam tempoh dua tahun ini dengan berkongsi pengalaman dan memori bersama peminat.











