BERLIN 15 April – Penjaga gol Bayern Munich bakal tersingkirkan sekali lagi selepas mengalami kecederaan betis ketika membantu pasukannya menewaskan Fortuna Duesseldorf 4-1 dalam aksi liga di Merkur Spiel-Arena, semalam.
Neuer menerima kecederaan itu pada babak pertama, terpaksa dibawa keluar dan jurulatih Bayern, Niko Kovac mengesahkan selepas perlawanan penjaga gol itu cedera di betis yang sama ketika dia terlepas dua perlawanan awal bulan ini.
“Betis yang sama ketika dia cedera baru-baru ini. Kami akan memeriksa keadaannya esok (hari ini) dan berharap tiada apa-apa yang serius,” kata Kovac.
Neuer kerap berdepan kecederaan sejak kebelakangan ini. Dua tulang metatarsal retak yang mengakibatkan dia diketepikan hampir sepanjang musim lalu selain cedera di bahagian jari dan terbaharu di betis. – AFP











