EPL makin mendebarkan - Utusan Malaysia

EPL makin mendebarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANFIELD 15 April – Kurang setengah jam selepas Manchester City membenam Crystal Palace 3-1, Liverpool menunjukkan tindak balas sempurna apabila menundukkan Chelsea 2-0 untuk kembali merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Meskipun City mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan, namun kemenangan ke atas Blues di Anfield memberi petanda positif buat Reds kerana Chelsea dianggap lawan paling sukar menuju ke penghujung saingan.

Liverpool yang mengatasi City dengan kelebihan dua mata akan berdepan Cardiff City di Wales pada 21 April, sebelum menerima kunjungan Huddersfield (27 April), bertandang ke Newcastle, 5 Mei dan menutup kempen di Anfield dengan bertemu Wolverhampton pada 12 Mei.

Memuatkan artikel berkaitan…

City sebaliknya mempunyai dua perlawanan yang amat mencabar, bertemu Tottenham di Etihad pada 20 April dan menentang Manchester United di Old Trafford pada 25 April.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu juga akan bertemu Burnley (28 April), Leicester (4 Mei) dan Brighton pada hari terakhir liga.

Selepas perlawanan terikat 0-0 pada babak pertama, Liverpool bermula agresif sebaik sahaja saingan bersambung.

Sadio Mane menanduk bola yang mustahil untuk diselamatkan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga pada minit ke-51 bagi meletakkan tuan rumah di depan.

Jaringan itu nyata menaikkan semangat anak-anak buah Jurgen Klopp, dan Mohamed Salah tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti, dua minit berselang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini