Empat pegawai, anggota dipercayai lakukan peras ugut disiasat - Utusan Malaysia

Empat pegawai, anggota dipercayai lakukan peras ugut disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Empat pegawai dan anggota polis disiasat berhubung perbuatan memeras ugut seorang lelaki di Taman Connaught, Cheras baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Rabu lalu  mendakwa ditahan oleh dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai polis.

“Dalam kejadian pukul 4 petang Selasa lalu, dua anggota polis tersebut yang melakukan pemeriksaan mendakwa menemui dadah di dalam kereta lelaki berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa turut mendakwa telah ditumbuk selepas dia menafikan dadah tersebut adalah miliknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Roslan, mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Cheras di sini dan telah diberikan pilihan sama ada mengaku barang terlarang tersebut adalah miliknya atau memberikan wang RM5,000 sekiranya mahu dibebaskan.

Lelaki itu kemudian memberikan wang kepada anggota polis dan dibebaskan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada keesokan harinya.

“Hasil siasatan, kita mengenal pasti empat pegawai dan anggota terlibat dalam kes tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, pihaknya memandang serius kesalahan tersebut dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku melibatkan pegawai atau anggotanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini