Bayern kembali di puncak - Utusan Malaysia

Bayern kembali di puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 14 April – Persaingan Bundesliga semakin mendebarkan selepas juara bertahan, Bayern Munich kembali ke puncak liga dengan membenam Fortuna Dusseldorf 4-1 hari ini.

Ketika liga berbaki lima perlawanan untuk ditamatkan, Bayern hanya mengatasi Borussia Dortmund dengan satu mata.

Dalam aksi di Merkur Spiel-Arena, Dusseldorf, Bayern memberi amaran awal apabila mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi dua jaringan Kingsley Coman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Serge Gnabry menjarakkan kedudukan 3-0 pada minit ke-55.

Sepakan penalti yang disempurnakan Dodi Lukebakio, seminit sebelum tamat permainan membolehkan tuan rumah merapatkan jurang 1-3.

Malangnya, ketika saingan memasuki waktu kecederaan, Bayern tidak langsung menunjukkan belas kasihan, sebaliknya menambah gol keempat menerusi pemain gantian, Leon Goretzka.

Biarpun menang selesa, namun kemenangan terpaksa dibayar dengan harga tinggi selepas penjaga gol Bayern, Manuel Neuer meninggalkan padang dalam keadaan terhincut-hincut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini