Rusia, AS ungguli Terbuka Langkawi - Utusan Malaysia

Rusia, AS ungguli Terbuka Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 14 April – Pasangan Rusia dan Amerika Syarikat (AS) menguasai Kejohanan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)-Terbuka Langkawi 2019 yang memasuki hari keempat serta terakhir, hari ini.

Gandingan Anton Kislytsyn-Daniil Kuvichka dari Rusia dinobat sebagai juara lelaki selepas menumpaskan rakan senegara, Andrey Bolgov-Vladislav Ermilov 21-16, 21-16 dalam perlawanan akhir.

Kislytsyn-Kuvichka sebelum itu mara ke final selepas mengetepikan pasangan Jepun, Hitoshi Murakami-Takashi Tsuchiya, 25-23, 21-16.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam saingan wanita, Lara Dykstra-Cassie House muncul juara selepas mengatasi cabaran sengit pasangan Ukraine, Diana Lunina-Maryna Samoday 16-21, 21-19, 15-13.

Ini adalah kejuaraan kedua buat Dykstra-House selepas muncul juara di Battambang, Kemboja baru-baru ini.

“Kami amat gembira berjaya memenangi kejuaraan FIVB buat kali ketiga.

“Ini pertemuan keenam kami dengan Bolgov-Ermilov tetapi ia kemenangan pertama ke atas mereka. Perlawanan ini amat sukar dengan keadaan cuaca panas, jadi ia satu perasaan luar biasa dapat muncul juara,” kata Kuvichka.

Sementara itu, bagi Dykstra-House perlawanan kali ini jauh lebih sukar berbanding kerana mereka memenangi saingan di Kemboja.

“Kami perlu lebih fokus dan konsisten sepanjang kejohanan.

“Perlawanan tidak mudah buat gandingan baharu seperti kami dan saya bangga kerana berjaya meningkatkan prestasi dan komunikasi untuk merangkul gelaran,” ujar Dykstra. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini