Ketua militan Islam Filipina disahkan mati - Utusan Malaysia

Ketua militan Islam Filipina disahkan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 14 April – Filipina mengesahkan kematian ketua kumpulan militan Islam yang membantu mengetuai insiden serangan di bandar Marawi dan individu penting membantu pengganas Daesh berkuasa di rantau ini.

Setiausaha Dalam Negara Filipina, Eduardo Ano berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS) membuktikan Owaida Marohombsar, merupakan seorang daripada empat militan yang terkorban dalam insiden berbalas tembakan pada 14 Mac lalu berdekatan pekan Tubaran, wilayah Lanao del Sur.

Lapor Bangkok Post, ketika serangan di Marawi, Marohombsar terselamat meskipun kebanyakan ketua militan sewaktu itu terbunuh. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini