Adrian, Esther Atlet Terbaik Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Adrian, Esther Atlet Terbaik Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN 14 April – Jaguh boling negara Adrian Ang dan Esther Cheah masing-masing dinobat sebagai Olahragawan serta Olahragawati Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2017/2018.

Terdahulu, anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dalam satu majlis di sini malam tadi.

Adrian, 31, berkata, pengiktirafan itu sesuatu yang membanggakan kerana segala penat jerihnya berbayar sejak lebih sepuluh tahun berkecimpung dalam sukan tenpin boling.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa depan hendak jadi jurulatih namun, jika negara atau negeri masih memerlukan khidmat, saya bersedia untuk menabur bakti,” katanya yang berasal dari Pulau Tikus yang turut ditemani oleh isteri dan anaknya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Abdul Rashid Ismail yang mewakili sukan bola sepak telah berjaya meraih Anugerah Tokoh Pemimpin (Bola Sepak) 2019 manakala Chin Hajeed dari sukan pencak silat mengungguli Augerah Tokoh Sukan 2019.

Menerusi anugerah sukan dwi tahunan itu, seramai 49 orang calon termasuklah atlet, jurulatih dan pemimpin sukan dalam 11 kategori diberikan penghormatan dan pengiktirafan tertinggi di peringkat negeri Pulau Pinang 2017/2018.

Antara 11 kategori yang diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Sukan 2017/2018 termasuk Jurulatih Terbaik, Tokoh Sukan 2019, Olahragawan, Olahragawati, Olahragawan, Pasukan Wanita, Pasukan Lelaki, Olahragawati Paralimpik Wanita, Olahragawan Paralimpik Lelaki, Olahragawati Harapan dan Olahragawan Harapan. – BERNAMA

                  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini