PRK Rantau: PH tewas kerana isu ekonomi dan kos sara hidup - Utusan Malaysia

PRK Rantau: PH tewas kerana isu ekonomi dan kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau merupakan peringatan kepada kerajaan PH supaya memberi perhatian terhadap isu ekonomi dan kos sara hidup.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan PH perlu memberi perhatian yang sewajarnya terhadap perkara tersebut kerana ia menjadi kebimbangan rakyat.

“Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Anwar berkata, keputusan PRK DUN Rantau itu merupakan keputusan rakyat dan PH khususnya PKR menghormati keputusan tersebut serta mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini