Wisma Putra sahkan 15 rakyat Malaysia terlibat insiden kebakaran di Songkla - Utusan Malaysia

Wisma Putra sahkan 15 rakyat Malaysia terlibat insiden kebakaran di Songkla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 April – Wisma Putra mengesahkan seramai 15 orang warganegara Malaysia telah terlibat dalam insiden kebakaran di Danok, Songkhla semalam.

Menurut Wisma Putra, kesemua mereka telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan akibat terhidu asap tebal.

“Sehingga kini, seramai lima orang mangsa masih menerima rawatan di Songkhla dan Hatyai, manakala selebihnya telah dibenarkan keluar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Salah seorang daripada mangsa yang masih menerima rawatan dilaporkan berada dalam keadaan serius manakala empat yang lain dilaporkan stabil,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah mengadakan lawatan konsular ke atas para mangsa dan akan terus memantau keadaan mereka daripada semasa ke semasa.

Jelasnya lagi, rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden itu disaran untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di alamat Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla, No. 4 Sukhum Road Tambon Boryang, Muang District,

Songkhla, telefon +(6674) 311 062 / 316 274 +66 93 657 0707 atau e-mel [email protected].

Menurut laporan, seramai 15 rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kebakaran sebuah hotel di Danok di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi (7 pagi waktu Thailand) itu, kesemua rakyat Malaysia berkenaan dikatakan sedang tidur sebelum api mula merebak di tingkat bawah hotel.

Pihak pengurusan hotel dikatakan sempat mengarahkan semua pelanggan hotel keluar dari bangunan, namun terdapat beberapa penghuni terperangkap pada tingkat atas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini