PRK Rantau: Tok Mat menang bergaya - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Tok Mat menang bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau buat penggal keempat selepas menewaskan tiga pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.

Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.

Selain Mohamad, PRK itu ditandingi calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd. Nor Yassin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus mengumumkan keputusan berkenaan di pusat pengiraan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Sri Sendayan di sini malam ini.  – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini