BEIRUT 13 April – Meskipun Perang Saudara Lebanon meragut lebih 150,000 nyawa tiga abad lalu, Beirut mempunyai keunikan tersendiri dengan bangunan-bangunan yang tersergam indah.
Nilai estetika dan kecantikan bangunan-bangunan yang terbiar sejak zaman perang itu bagaimanapun berjaya menarik banyak pelancong ke kota ini sehingga Beirut menerima nama jolokan sebagai Paris Asia Barat.
Bangunan ikonik seperti Holiday Inn yang dibuka dua tahun sebelum perang tetapi dimusnahkan ketika pertempuran untuk digunakan sebagai ‘kubu’ penembak kini masih tersergam indah.
Seperti Holiday Inn, satu lagi tarikan pelancongan adalah pawagam yang dikenali sebagai ‘The Egg’ dalam kalangan masyarakat tempatan. Meskipun bangunan ini sudah lapuk, ditumbuhi cendawan dan hanya tinggal kerangka, namun ia menjadi antara tarikan utama negara ini.
Terdapat banyak lagi bangunan tinggalan semasa perang yang masih kukuh seperti di sepanjang Green Line, yang dipisahkan oleh bahagian kependudukan Islam dan Kristian.
Tidak tahu status bangunan itu, sama ada pemilik bangunan itu tidak mempunyai wang untuk kos pemulihan atau status pemilikan bangunan masih dalam pertikaian.
AP yang memetik seorang wartawan Lebanon, Sahar Mandour sebagai berkata, berjalan di kota itu membuatkannya mengenang semula peristiwa lama.
“Barangkali untuk pelancong ini adalah bangunan-bangunan tinggalan perang yang mempunyai keunikan tersendiri namun untuk kami, mengingatkan kesakitan yang dialami ketika peluru menembusi badan,” katanya.
Tidak seperti penduduk setempat yang lain yang mahukan bangunan-bangunan itu dimusnahkan, Sahar, 42, mahu bangunan itu perlu dikekalkan bagi mengingatkan masyarakat mengenai kekejaman zaman perang.
“Saya tidak mahu bangunan ini dimusnahkan,” katanya.











