Bergaya sedondon ibu dan anak - Utusan Malaysia

Bergaya sedondon ibu dan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERPAKAIAN sedondon sememangnya menjadi trend masa kini apatah lagi jika si pemakai itu adalah ibu dan anak perempuan. Oleh tidak hairanlah mereka yang berpakaian sedondon sentiasa mencuri tumpuan terutama jika digayakan pada majlis-majlis keraian.

Mementingkan keselesaan pemakainya, Therapy Boutique di Bangi Sentral yang ditubuhkan sejak 17 tahun lalu telah menghasilkan pelbagai rekaan sedondon untuk ibu dan anak.

Pelbagai rekaan kebarung, blaus, skirt dan kurung dihasilkan agar senada cita rasa antara ibu dan anak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hampir kesemua koleksi pakaian ibu dan anak ini diperbuat daripada material como crepe, kain yang lembut, selesa dan tidak panas. Ini membuatkan si kecil tidak merasa rimas memakainya dalam tempoh yang lama.

Untuk si ibu material kain ini menampakkan tubuh yang langsing namun yang lebih penting ia tidak mudah berkedut dan hanya perlu digosok ala kadar sahaja.

Kesemua koleksi di butik ini sesuai untuk kanak-kanak berusia dua tahun sehingga 12 tahun manakala untuk si ibu saiz yang disediakan ialah dari S sehinggalah ke XL.

Rekaan yang dihasilkan juga sesuai untuk golongan ibu yang sedang menyusukan bayi selain mesra wuduk.

Terdapat tujuh rekaan pakaian khusus untuk ibu dan anak manakala pilihan warna pakaian yang terdapat di butik ini adalah berdasarkan permintaan pelanggan.

Selain baju kurung dan kebarung yang menjadi pilihan menjelang Aidilfitri ini, blaus dan skirt juga adalah antara pakaian yang paling mendapat permintaan tinggi pelanggan kerana mudah disesuaikan dalam mana-mana majlis.

Pelanggan bukan sahaja boleh mendapatkan koleksi ibu dan anak ini di butik Therapy malah boleh melayari Facebook Therapyboutique atau Instagram di Boutique_therapy untuk membuat tempahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini