Transaksi pembelian berlian merah jambu wujud - Polis - Utusan Malaysia

Transaksi pembelian berlian merah jambu wujud – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 13 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan wujud transaksi pembelian berlian merah jambu atau ‘pink diamond’ bernilai hampir RM100 juta (USD 23 juta) dalam siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik berkata, walaupun berlian tersebut tidak ditemui ketika serbuan, namun terdapat bukti jejak kewangan pembeliannya.

“Kita merujuk kepada penafian Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan memang menunjukkan transaksi pembelian berjumlah USD 23 juta dibuat menggunakan wang 1MDB daripada seorang peniaga barang kemas di New York,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosmah sebelum ini dilaporkan meminta pihak berkenaan meminta maaf daripada rakyat kerana telah mengakibatkan mereka percaya kepada fitnah pembelian cincin berlian merah jambu tersebut.

Menurutnya, isu berhubung pembelian berlian merah jambu itu sengaja digunakan pihak tertentu sebagai modal kempen pilihan raya mereka.

Isnin lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah mengakui cincin merah jambu yang sebelum ini didakwa berharga kira-kira RM24 juta tidak dibeli oleh seorang isteri VVIP dan telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen jualannya.

Beliau berkata, ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas itu telah mengisytiharkannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, syarikat itu juga membuat perisytiharan barang berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini