Baru operasi dua hari, sudah diserbu - Utusan Malaysia

Baru operasi dua hari, sudah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket perjudian yang baru beroperasi selama dua hari terbongkar dalam satu serbuan polis di sebuah premis tingkat satu di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan yang disertai oleh pegawai dan anggota Balai Polis Sungai Besi itu dijalankan kira-kira pukul 11.30 malam.

“Polis telah menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh yang terdiri daripada seorang penjaga premis dan dua pemain yang sedang leka berjudi menggunakan mesin perjudian ketika serbuan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemuanya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Mokhsein menambah, hasil pemeriksaan lanjut telah menemui menemui tiga mesin judi simulator dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian.

“Polis turut merampas sebuah buku dipercayai digunakan untuk mencatat nilai pertaruhan, tiga kad tambah nilai mesin simulator dan wang tunai bernilai RM400.

“Dipercayai mereka hanya sempat beroperasi selama dua hari sahaja sebelum diserbu pihak polis,” ujarnya.

Kesemua suspek dibawa ke lokap Balai Polis Cheras dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini