80 peserta sertai boling persahabatan DBKL, media - Utusan Malaysia

80 peserta sertai boling persahabatan DBKL, media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 April – Sebanyak 80 peserta terdiri daripada pengamal media dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil bahagian dalam acara boling di pusat beli-belah Gurney, Kampung Datuk Keramat di sini hari ini.

Acara tahunan anjuran pihak berkuasa tempatan itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin manakala penutupan program disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Norhaslinda berkata, kejohanan itu bertujuan menghargai sumbangan media dalam menghebahkan maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan jaringan komunikasi secara berterusan bersama pihak berkuasa tempatan itu.

“Acara ini juga sebagai platform untuk merapatkan hubungan menerusi aktiviti riadah di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan program Boling DBKL Bersama Media.

Kejohanan yang masuk tahun keenam itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM16,000 termasuk cabutan bertuah.

Acara itu mempertaruhkan tiga kategori iaitu berpasangan, individu lelaki dan individu wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×