MANCHESTER 13 April – Paul Pogba menceriakan seorang peminat remaja Manchester United apabila penyerang Perancis itu sudi bergambar bersamanya di luar sebuah hotel.
Sekumpulan penyokong United berkumpul di luar hotel penginapan pemain United namun terdapat seorang peminat kelihatan terdesak apabila dia melutut dan merayu untuk bergambar bersama Pogba.
Ketika Pogba turun dari bas, dia ternampak gelagat penyokong tersebut dan pergi ke arahnya sebelum mereka bergambar bersama malah menandatangani di baju peminat tersebut.
Selain itu juga, dia sempat berswafoto bersama beberapa lagi peminat yang mengerumuninya.
United akan bertemu West Ham di laman sendiri dalam aksi liga terdesak untuk mencari tiga mata dalam pemburuan mereka untuk mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara bersama tiga lagi pencabar iaitu Tottenham, Arsenal dan Chelsea. – AGENSI











