Laluan utama Lebuh Ayer Keroh, Melaka ditutup malam esok - Utusan Malaysia

Laluan utama Lebuh Ayer Keroh, Melaka ditutup malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Laluan utama Lebuh Ayer Keroh di hadapan Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan ditutup selama lima jam bagi memberi laluan kepada Program Melaka Muzikal Ekstravaganza yang akan berlangsung malam esok. 

Persembahan muzikal itu diadakan sempena sambutan Ulang tahun ke-16 bandar raya Melaka Bersejarah 2019 pada Isnin ini.

Datuk Bandaraya MBMB, Mansor Sudin berkata, laluan melibatkan persimpangan simpang empat Replika Gong sehingga simpang tiga Melaka itu akan ditutup dari pukul 7 malam hingga 12 tengah malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pengguna kenderaan dinasihatkan menggunakan empat laluan alternatif untuk ke pusat bandar atau ke Ayer Keroh.

“Pengguna untuk ke pusat bandar boleh menggunakan laluan Jalan Istana – Jalan Bukit Beruang – Jalan Padang Jambu – Jalan Mufti Hj. Khalil  atau  Jalan Merbok (laluan belakang bangunan Melaka Mall) – Jalan Datuk Ghani Ali – Jalan Padang Jambu – Jalan Mufti Hj. Khalil.

“Manakala untuk ke Ayer Keroh melalui Jalan Bukit Beruang – Jalan MITC/Jalan Istana atau Jalan Datuk Ghani Ali – Jalan Merbok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini