PRK Rantau: Keadaan terkawal - Polis - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Keadaan terkawal – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Keadaan di 14 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau setakat tengah hari ini adalah terkawal, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd. Rosli Ishak.

Beliau berkata, walaupun terdapat kejadian perang mulut antara peraih undi parti bertanding, tiada sebarang kejadian tidak diingini.

“Setakat tengah hari ini, proses mengundi berjalan lancar dan suasana dalam keadaan aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini (1 tengah hari) tiada laporan polis mengenai kejadian pergaduhan atau sebagainya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati aliran trafik masih perlahan khususnya di jalan utama menghala ke pekan Rantau manakala keadaan cuaca cerah setakat ini.

PRK DUN Rantau hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram, calon Barisan Nasional yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini