Nafas anjur Reformasi Peladang 2019 - Utusan Malaysia

Nafas anjur Reformasi Peladang 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menganjurkan program Reformasi Peladang 2019 selama dua hari pada hari ini dan esok (14 April 2019) di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi, Johor.

Objektif program ini adalah bagi mengeratkan hubungan NAFAS dengan Ahli Peladang khususnya bagi penduduk setempat yang melibatkan kerjasama antara NAFAS, LPP, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta Pengurusan dan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung Felda Bukit Ramun.

Dianggarkan lebih 1,000 pengunjung akan menghadiri program selama dua hari ini. Para pengunjung jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan serta memenangi pelbagai hadiah menarik serta cabutan bertuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut diadakan kursus fertigasi cili dan rock melon, pertandingan memancing, kursus pemasaran online serta pertandingan nostalgia desa iaitu pertandingan dam haji, congkak dan sukaneka rakyat.

Nafas dalam satu kenyataan menyatakan, para pengunjung juga dapat bersama-sama dalam program kerohanian – Santai Malam bersama selebriti jemputan Zul Handyblack pada malam ini. 

“Golongan kanak-kanak pula jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti interaktif hands on, Agrokids yang akan diadakan esok,” ujar kenyataan itu

Selain itu, turut diadakan pertandingan Agrochef yang akan dimeriahkan dengan penampilan Chef Naem, Juadah Bonda dan Bola Selebriti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini