122 peserta beraksi kejohanan taekwando - Utusan Malaysia

122 peserta beraksi kejohanan taekwando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 13 April – Seramai 122 peserta daripada 10 sekolah di daerah ini beraksi pada Kejohanan Taekwando Sekolah Rendah Besut yang diadakan di Kolej Vokasional Besut di sini hari ini.

Penyelaras kejohanan, Mohd. Sabri Awan Hitam berkata, kejohanan sehari itu dianjurkan oleh Kolej Vokasional Besut (KVB) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Deerah (PPD) dan Kelab Taekwando Sejagat.

Katanya, kejohanan kali pertama itu turut mendapat perhatian pasukan Kelantan dan Pahang yang menghantar wakil masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Sabri berkata, sebanyak 13 kategori lelaki dan perempuan dipertandingkan dengan penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab. Halim Hassan.

Sementara itu, Ahli Lembaga Teknikal Eksekutif Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia ( ITFM), Mustahna Mahat berkata, penganjuran program itu secara tidak langsung dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah di daerah ini mengenai kejohanan.

Tambahnya, penyertaan menggalakkan itu membuktikan seni bela diri tersebut semakin menjadi piihan ibu bapa dalam mengisi kegiatan luar anak-anak mereka yang belajar di sekolah rendah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini