Praowo umum nama calon Kabinet - Utusan Malaysia

Praowo umum nama calon Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA 13 April – Calon Presiden Indonesia nombor dua, Prabowo Subianto mengumumkan puluhan nama calon-calon Kabinet jika beliau memenangi pilihan raya yang bakal berlangsung pada 17 April ini.

Portal berita Tempo melaporkan, Prabowo menyifatkan nama-nama tersebut sebagai pihak yang banyak membantunya selama ini, selain mengakui dirinya tidak boleh bekerja sendiri tanpa bantuan serta sokongan pihak yang berkaitan.

“Prabowo tidak bekerja sendiri kerana kemampuannya adalah terhad sama seperti manusia biasa, namun masih mempunyai seni kepemimpinan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Prabowo juga selalu ingin belajar terutamanya merujuk sejarah-sejarah lalu. Jika saya ingin bekerja untuk rakyat, maka saya perlu mempunuai pasukan yang terbaik,” katanya ketika berucap di depan para penyokongnya di sini semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini