Tempoh bekerja lama adalah satu rahmat besar - Jack Ma - Utusan Malaysia

Tempoh bekerja lama adalah satu rahmat besar – Jack Ma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 13 April – Lelaki terkaya di China, Jack Ma memuji tempoh kerja yang lama dalam kalangan pekerja di syarikat-syarikat teknologi tinggi di negara ini sebagai ‘satu rahmat besar’ untuk golongan pekerja muda.

Mail Online melaporkan, Ma yang merupakan pengasas kepada syarikat Alibaba mempertahankan sistem waktu kerja ‘996’ iaitu pekerja perlu bekerja selama 12 jam sehari antara pukul 9 pagi dan 9 malam selama enam hari seminggu.

Sekurang-kurangnya pekerja Alibaba menghabiskan masa mereka selama 72 jam untuk bekerja dari tempoh 168 jam seminggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara peribadinya, keupayaan untuk bekerja dalam sistem 996 merupakan satu rahmat besar.

“Banyak syarikat dan pekerja tidak mempunyai peluang untuk melakukan sistem 996. Jika anda tidak boleh bekerja dalam sistem itu ketika masih muda, jadi, bilakah anda boleh melakukannya?”, kata Ma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini