‘Mereka cuba masuk campur urusan jurulatih Kelantan’ - Utusan Malaysia

‘Mereka cuba masuk campur urusan jurulatih Kelantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 April – Pengarah Teknikal Kelantan Jorg Steinebrunner kurang senang dengan sikap beberapa pihak dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ketika skuad The Red Warriors menentang PDRM dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam semalam.

Jorg berkata, beberapa ‘individu’ dalam pasukan pengurusan didapati cuba mencampuri urusan dan perancangan yang dibuat jurulatih ketika perlawanan.

“Mereka duduk di kerusi VIP (orang kenamaan) dan telah mengarahkan jurulatih pasukan untuk menukar beberapa pemain dan perkara lain. Itu satu perbuatan tidak menghormati kami dan pemain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya nak tanya mereka, mereka datang untuk berikan sokongan ataupun memberikan tekanan kepada pasukan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi,” kata Jorg.

Kelantan tewas 0-1 kepada PDRM selepas Lee Changhoon menjaringkan gol pada minit ke-83.

Jorg berkata, barisan kejurulatihan dan para pemain memerlukan pasukan pengurusan yang bersikap profesional untuk memberikan sokongan kepada permainan yang dirancang bagi mendapatkan keputusan yang dapat mengembirakan semua orang.

“Mereka perlu profesional. Jika ada sebarang masalah dengan perancangan pasukan dan teknikal, mereka sepatutnya memaklumkan secara profesional (selepas tamat perlawanan).

“Semua pihak dalam KAFA perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk menyelamatkan pasukan dan mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini