800 kayuh basikal sempena ulang tahun ke-50 USM - Utusan Malaysia

800 kayuh basikal sempena ulang tahun ke-50 USM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 April – Lebih 800 peserta terdiri daripada warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, rakan strategik dan kelab-kelab berbasikal mengambil bahagian dalam aktiviti kayuhan basikal sempena ulang tahun ke-50 USM, di sini hari ini.

Aktiviti riadah berbasikal sejauh 40 kilometer tersebut dianjurkan Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staf Kampus Kesihatan USM (Kesukas) dengan kerjasama Kelab Basikal Kelantan itu turut dimeriahkan dengan penglibatan ahlinkelab basikal dari Thailand, Terengganu dan Kedah.

Turut mengayuh basikal, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Paduka Dr. Ahmad Sukari Halim; Timbalannya, Prof. Dr. Adam Hussein dan Presiden Kelab Basikal KelantanDatuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama, Pengarah Urusan Crestmax Auto KB Sdn. Bhd. Datuk Abdul Rahman Maulud selaku penaja utama.

Yang Dipertua Kesukas, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim berkata, program itu bukan sahaja menggalakkan aktiviti sukan untuk gaya hidup sihat tetapi mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kampus dengan masyarakat.

“Program ini boleh diteruskan lagi pada masa depan dengan matlamat utama melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini