TEMERLOH – Mayat seorang lelaki yang hilang sejak empat hari lalu dipercayai lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Gantuk, Mentakab ditemui pagi tadi.
Mangsa, Mohd Badli Izam Said Mohamad, 31 ditemui terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi oleh penduduk kampung.
“Operasi mencari dan menyelamat(SAR) diteruskan pagi ini di sepanjanh sungai berkenaan hingga ke Jambatan Temerloh sebelum mayatnya ditemui.
“Operasi telah menggunakan kaedah pencarian di permukaan dan selaman di dalam air,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Ahah (Hoshas), di sini untuk bedah siasat,” ujarnya.
Mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 7.40 malam Rabu lalu ketika berenang menyeberangi Sungai Sementan selepas memancing bersama dua rakannya. – K! ONLINE











