PRK Rantau: Pengundi dinasihat keluar mengundi awal - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Pengundi dinasihat keluar mengundi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Polis menasihatkan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini untuk keluar mengundi lebih awal, bagi mengelak kesesakan trafik pada sebelah petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, trafik dijangka sesak, memandangkan beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) terletak berdekatan pekan Rantau yang merupakan jalan utama.

Katanya, pihaknya telah menugaskan, sembilan pegawai dan 56 anggota trafik, bagi memastikan kelancaran trafik di semua 14 PDM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga minta mereka mematuhi arahan diberikan petugas, sepanjang perjalanan pilihan raya bagi memastikan kelancaraan trafik dan proses pengundian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rantau di sini hari ini.

Beliau turut menasihati penyokong parti yang bertanding sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan mengelak daripada mencetuskan sebarang provokasi di PDM. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini