Baru dua hari berpantang, ibu muda tetap mahu mengundi - Utusan Malaysia

Baru dua hari berpantang, ibu muda tetap mahu mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 13 April – Walaupun masih berpantang selepas melahirkan anak sulungnya dua hari yang lalu, seorang suri rumah tetap bersemangat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Nur Erina Jamaluddin, 25 dari Kampung Tanjung di sini memberitahu, dia baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki dua hari yang lalu di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Saya baru dua hari berpantang tetapi masih mahu mengundi pada hari ini sebab nak berikan sokongan kepada Tok Mat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suami saya juga mengundi hari ini tetapi dia mengundi di Sendayan. Keluarga juga tak menghalang saya untuk mengundi hari ini namun mereka menasihatkan supaya menjaga diri dan berhati-hati,” katanya.

Dia ditemui pemberita di pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, di sini hari ini.

PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan,, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram dan dua calon Bebas iaitu, R. Malarvizhi dan Mohd. Nor Yassin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini