PRK Rantau: Mohamad Hasan mengundi di SJK (C) Chung Hua - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Mohamad Hasan mengundi di SJK (C) Chung Hua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rembau – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Rantau dekat sini pagi ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin dan lima anak tiba di pekarangan sekolah berkenaan pada pukul 8.25 pagi. 

Mohamad dan isterinya selesai mengundi kira-kira 20 minit kemudian selepas beratur bersama-sama pengundi lain, manakala anak-anaknya selesai berbuat demikian beberapa minit selepas itu di pusat mengundi sama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengerusi BN itu ketika ditemui pemberita sebaik selesai mengundi berkata, beliau berpuas hati apabila proses pengundian pagi ini berjalan lancar khususnya di saluran satu dan dua. 

“Sistem baharu yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kali ini tidak memerlukan pengundi bergerak ke banyak tempat dan sekali gus proses pengundian menjadi cepat. 

“Ini antara penambahbaikan yang dicadang semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu,” katanya yang beredar bersama keluarga dari lokasi tersebut pada pukul 9.10 pagi. 

PRK bagi kerusi DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, Pakatan Harapan (PH) dan dua calon Bebas.

PH diwakili pakar bius, Dr. S. Streram manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Seremban, Mohd. Nor Yassin, 67, dan suri rumah, R.Malar, 51.

Pilihan raya tersebut diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban membatalkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini