Osman tiba di Istana Pasir Pelangi - Utusan Malaysia

Osman tiba di Istana Pasir Pelangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 April – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian tiba di Istana Pasir Pelangi untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 9.05 pagi.

Beliau tiba di Istana Pasir Pelangi menaiki kenderaan rasmi jenis Audi dengan nombor pendaftaran JRA 1.

Osman turut membuka tingkap dan melambaikan tangan sambil tersenyum kepada sekumpulan wartawan dan jurufoto yang menunggu beliau sejak 8.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu hari ini menghadap Sultan Johor berhubung peletakan jawatan beliau seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya pada Isnin. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini