Arsenal masih tagih sentuhan Ramsey - Utusan Malaysia

Arsenal masih tagih sentuhan Ramsey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery mahu menikmati saat-saat terakhir bersama Aaron Ramsey selepas pemain tengah berkenaan membantu kemenangan 2-0 The Gunners ke atas Napoli pada aksi pertama suku akhir Liga Europa di Emirates awal pagi semalam.

Meskipun pemain skuad antarabangsa Wales berkenaan bakal berhijrah ke Turin untuk menyertai Juventus pada musim panas akan datang, namun sentuhannya berjaya membuka jaringan seawal minit ke-15 sebelum pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly menjaringkan gol sendiri pada minit ke-24.

Persembahan pemain berusia 28 tahun berkenaan ter­nyata membuatkan Emery tersenyum apabila dia hampir menemui gol ketiga ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Persembahan Ramsey ketika ini jelas membuktikan bahawa aksinya sentiasa penting buat pasukan.

“Apabila beraksi di depan penyokong sendiri, dia telah memberikan segalanya dan bukan secara individu tetapi lebih kepada kolektif.

“Buat masa ini, saya mahu menikmati aksi Ramsey bersama The Gunners. Saya mahu melakukan satu yang sangat penting dan bermanfaat kepadanya.

“Saya melihat fokus Ramsey kini masih sepenuhnya bersama Arsenal kerana dalam kepalanya hanya ingin menyumbang sesuatu buat pasukan,” kata Emery.

Dalam pada itu, Emery me­ngakui kemenangan di laman sendiri amat penting sebelum The Gunners bertandang ke Naples minggu hadapan bagi aksi timbal balik.

“Saya akui kemenangan ini ­sangat penting buat pasukan untuk memberikan keyakinan kepada pemain ketika bertandang ke tempat lawan.

“Bagaimanapun, Napoli tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada kami ke-rana mereka juga lebih me­nyerlah ketika ber-aksi di laman sendiri,” katanya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini