BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 13 APRIL 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 13 APRIL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awang menyokong penuh ketegasan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam media sosial.

Pada pandangan Awang ketegasan Muhyidddin itu termasuk mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera amat tepat kerana perbuatan tersebut boleh mencetuskan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu.

Awang bimbang jika perbuatan biadab itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan ia akan memungkinkan lebih ramai lagi mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan menghina institusi beraja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru mereka tidak boleh dilepaskan. Puak ekstrem ini perlu diburu hingga ke lubang cacing dan diseret ke muka pengadilan. Apapun alasan mereka menghina sesiapa juga apatah lagi raja-raja tidak boleh diterima sama sekali.

Awang yakin kecekapan pihak polis dalam menjalankan siasatan kes ini. Dan pada masa sama Awang berharap tidak ada lagi mana-mana pihak cuba melakukan perbuatan biadab tersebut kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa sebaliknya boleh menjejaskan keharmonian negara.

Oleh itu bertindaklah segera seperti mana diarahkan Muhyiddin sebelum menjadi semakin buruk.

Awang – Tetapi hormat pemimpin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini