40 gunung berapi seluruh dunia menyamai Anak Krakatau - Utusan Malaysia

40 gunung berapi seluruh dunia menyamai Anak Krakatau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 12 April – Sekurang-kurangnya 40 gunung berapi di seluruh dunia berpotensi menghasilkan gelombang pasang surut yang sama dengan saiz dan kekuatan tsunami yang me­ngorbankan 437 orang di Selat Sunda dekat sini tahun lalu.

Menurut laporan Daily Mail, susulan penyelidikan me­ngenai letusan Gunung Berapi Anak Krakatau, simulasi baharu membantu penyelidik memahami dengan lebih lanjut bagaimana letusan menghasilkan bencana tersebut.

Pakar menyimpulkan, de­ngan berjuta-juta penduduk di kawasan pesisir yang berpotensi terjejas, penemuan itu memperlihatkan keperluan untuk memperbaiki sistem amaran bencana yang dicetuskan oleh gunung berapi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 22 Disember tahun lalu, Gunung Berapi Anak Krakatau, yang terletak di Selat Sunda, meletus sehingga menghasilkan tsunami.

Ketika letusan itu, dua pertiga daripada pulau gunung berapi itu ‘hilang’ ke laut, dengan jumlah 300 juta meter padu batu yang dilepaskan ke laut.

Tanah runtuh dasar laut se­perti itu menghasilkan gelombang tsunami.

Semasa melanda Pulau Jawa, tsunami telah mencapai ketinggian sehingga 13 meter.

Seramai 437 orang maut dan sekitar 14,000 lagi cedera apabila tsunami melanda pantai di wilayah-wilayah sekitar Banten dan Lampung.

Kini, penyelidik dari United Kingdom, Indonesia dan Amerika Syarikat telah mencipta model terperinci pertama yang memperlihatkan apa yang berlaku ketika Gunung Berapi Anak Krakatau meletus, menyebabkan runtuhan batu di dasar laut dan menghasilkan gelombang pasang surut.

Mengguna pakai penemuan ke atas gunung berapi lain yang bersebelahan lautan, pakar geologi marin dari Pusat Pemantauan Geologi Britain, David Tappin berkata, terdapat sekurang-kurangnya 40 gunung berapi lain yang ‘mungkin berpotensi menjadi seperti Anak Krakatau’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini