Pemandu maut van rempuh belakang lori - Utusan Malaysia

Pemandu maut van rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN 12 April – Seorang pemandu van maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Jalan Hutan Melintang, Batu 8 dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rosli Wan Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.24 petang.

Beliau berkata, pemandu lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir setelah tersepit di tempat duduknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua lagi mangsa cedera iaitu seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak dan mereka dihantar oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan.

“Anggota bomba telah mengeluarkan mangsa yang maut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini