Firefly sambung semula penerbangan ke Singapura mulai 21 April - Utusan Malaysia

Firefly sambung semula penerbangan ke Singapura mulai 21 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 April – Syarikat penerbangan premium jarak dekat Malaysia, Firefly, akan menyambung semula penerbangannya ke Singapura mulai 21 April.

Dalam kenyataan hari ini, FlyFirefly Sdn. Bhd. berkata, penerbangan antara Subang dan Lapangan Terbang Seletar itu akan mempunyai jadual dua kali sehari dari 22-28 April, diikuti enam penerbangan sehari selepas itu.

“Jadual tersebut mengambil kira langkah-langkah keselamatan yang ketat dan mematuhi keperluan teknikal ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiket boleh dibeli mulai 12 April melalui laman web www.fireflyz.com.my, aplikasi mudah alih atau pusat panggilan di 03-7845 4543,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Philip See berkata penerbangan tersebut akan memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara.

“Ia penting kepada perniagaan, menghubungkan keluarga dan rakan-rakan, serta untuk pelancongan.

“Jadual baharu itu, bersama dengan penambahbaikan perkhidmatan yang lain, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

Mengenai masa depan, syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk menyambung semula jadual penuh apabila kelulusan pengawalseliaan dan teknikal yang diperlukan diperoleh.

Firefly menggantung operasinya ke Singapura pada 1 Dis, 2018, susulan Malaysia membantah prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar. Pada Sabtu lepas, Singapura mengumumkan untuk menarik balik prosedur ILS. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini