JAIS cari calon pendakwah - Utusan Malaysia

JAIS cari calon pendakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 April – Orang ramai yang berminat untuk menjadi pengacara program pendakwah Muslimah Musim ke-5 dijemput menghadiri sesi uji bakat di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam pada 6 dan 7 Julai ini.

–

Sesi uji bakat anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mencari calon yang sesuai bagi program itu akan bermula dari pukul 9 hingga 5 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

JAIS dalam laman web rasminya memberitahu, orang ramai yang berminat boleh memuat turun borang penyertaan di laman web www. jais.gov.my.

“Sebarang pertanyaan mengenai uji bakat boleh dibuat dengan menghubungi pihak urus setia di talian 03-55143501,” menurut laman web itu di sini hari ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini