Dua cedera dalam kemalangan libatkan 10 kenderaan - Utusan Malaysia

Dua cedera dalam kemalangan libatkan 10 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Dua individu cedera selepas lori yang dinaiki mereka dilanggar jentera kren dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di Jalan Rawang, Kuala Garing di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superitendan Azman Shariat berkata, mangsa, Kong Kit Min, 37, dan See Wei Shen, 20, masing-masing cedera di jari kanan dan luka di dahi serta beberapa bahagian tubuh akibat kemalangan tersebut.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, jentera kren tersebut yang datang dari arah Rawang menghala ke Country Homes di sini mengalami masalah brek lalu hilang kawalan semasa melalui jalan yang menuruni bukit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kren itu telah melanggar kereta jenis Nissan Almera, Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina dan lori jenis Nissan yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa.

“Lori tersebut kemudiannya terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu dilanggar oleh sebuah lori yang membawa muatan pasir datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman menambah, jentera kren tersebut turut melanggar kereta jenis Nissan Sentra, Honda Jazz, Mercedes dan Honda Insight sebelum berjaya berhenti di sebelah kiri jalan.

“Semasa kejadian, laluan jalan raya agak sesak dan arus trafik bergerak dengan perlahan.

“Kedua-dua mangsa kini ditempatkan di zon kuning di Hospital Selayang untuk menerima rawatan selanjutnya,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini