Hina Agong: Ketua Polis Negara diarah siasat segera - Utusan Malaysia

Hina Agong: Ketua Polis Negara diarah siasat segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengecam keras paparan di Facebook yang dimuat naik oleh kumpulan mengelar diri mereka ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ berhubung gambar yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di lamam sosial tersebut.

Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata, selain menghina Raja, tindakan menggubah gambar Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat kes ini dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan,” katanya dalam entri terbaharu di laman Facebook miliknya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat.

Beliau juga menyifatkan ia adalah satu perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat serta bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab susulan imej yang menghina itu dimuat naik di laman Facebook semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini