NGO mohon polis berkas individu hina Agong - Utusan Malaysia

NGO mohon polis berkas individu hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Lebih 100 individu mewakili 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan politik di negeri ini membuat laporan polis terhadap pengendali akaun Facebook, Sabah-Sarawak Merdeka kerana menghina Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada pukul 2.30 petang tadi bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan terhadap pengendali laman berkenaan yang kerap menghina Al-Sultan Abdullah.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang, Datuk Ngah Ismail berkata, semua pihak wajar menghormati Sistem Raja Berperlembagaan diamalkan di Malaysia serta Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pihak Pekida Pahang, kami berasa amat terguris dengan penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan berharap polis mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini.

“Kita tidak mahu perbuatan menghina seperti ini akan terus menjadi-jadi sehingga tidak dapat dibendung,” ujar beliau yang turut membuat laporan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini