United kian terdesak - Utusan Malaysia

United kian terdesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 12 April – Faktor kegembiraan Ole Gunnar Solskjaer di Manchester united telah digantikan dengan ketakutan apabila mereka berdepan risiko untuk tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Pengurus baharu skuad Red Devils itu kini terpalit dengan aksi hambar anak-anak buahnya apabila tewas dalam empat daripada lima perlawanan terakhir liga dan piala, sehingga terjatuh ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Solskjaer, yang akan melayani kunjungan West Ham Sabtu ini, tewas 0-1 kepada Barcelona dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, cabaran Solskjaer dalam saingan domestik adalah sama seperti berdepan barisan Lionel Messi dan rakan-rakan di Camp Nou untuk aksi timbal balik.

Chelsea, Tottenham dan Arsenal semua menjadi pencabar utama untuk mengisi hanya dua slot daripada kelompok empat teratas selepas Liverpool dan Manchester City mendominasinya di atas.

“Kami memerlukan 15 mata daripada tujuh perlawanan terakhir dan kini kami perlu dapatkan 15 mata daripada enam perlawanan terakhir kami.

“Memang sukar namun sekali lagi saya tegaskan, kami merupakan pasukan terbaik dan ia akan menjadi sukar buat sesiapa yang beraksi menentang kami,” kata Solskjaer.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini