Letupan Rapid : Kerajaan janji bantu penduduk tuntut kerugian - Utusan Malaysia

Letupan Rapid : Kerajaan janji bantu penduduk tuntut kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI –  Kerajaan negeri berjanji akan membantu mana-mana penduduk yang kediaman mereka terjejas susulan insiden letupan dan kebakaran di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang di sini, awal pagi tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, selepas mengadakan lawatan ke beberapa rumah terjejas, pihaknya akan berbincang untuk membantu menuntut kerugian dengan Petronas.

“Saya ada melawat beberapa rumah mangsa dan saya berjanji kerajaan akan membantu mereka menuntut sebarang kerugian dengan pihak Petronas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nasib baik tiada orang yang cedera di Kampung Lepau,” katanya ringkas kepada media menerusi laman sembang WhatsApp hari ini.

Terdahulu, Jimmy Puah ke Kampung Lepau di sini, bagi melawat kediaman penduduk yang dilaporkan mengalami kerosakan susulan insiden itu.

Kampung Lepau adalah antara kampung paling berhampiran dengan lokasi kejadian iaitu kira-kira satu kilometer. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini