Perak lancar Kad Prihatin bantu rakyat - Utusan Malaysia

Perak lancar Kad Prihatin bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 April – Kerajaan negeri melancarkan program Kad Prihatin Perak iaitu bantuan dalam bentuk kad untuk membeli makanan sebanyak RM80 sebulan dan kad untuk rawatan kesihatan bernilai RM300.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan melibatkan 17,000 penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, jumlah yang diberikan mungkin dilihat kecil tetapi nilai tersebut sangat bermakna kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita memberikan bantuan mengikut kemampuan dan keperluan iaitu seramai 17,000 penerima setakat ini dan akan mencari jalan untuk nilainya ditambah.

“Kita tidak mahu memberikan nilai yang tinggi sehingga RM200 atau RM500 kononnya untuk menyenangkan rakyat tetapi kerajaan terpaksa mencari sumber kewangan. Jika begitu entah bila program bantuan ini dalam dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kad Perak Prihatin di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini