LONDON 10 April- Penduduk berdekatan sebuah penjara di Devon ketakutan selepas seorang banduan berjaya meloloskan diri dari penjara tersebut baru-baru ini.
Miley Connors, 24, yang menjalani hukuman lapan tahun penjara setelah terlibat dalam konspirasi rompakan kini bebas selepas melarikan diri dari penjara HMP Channings Wood.
Pihak penjara enggan mengulas berkenaan insiden tersebut tetapi sumber memberi tahu banduan itu berjaya melepaskan diri semalam, sekitar 8.50 pagi waktu tempatan.
Kata sumber itu lagi, Connors berjaya lolos dengan menggunakan tali untuk melompat keluar dari tembok penjara sebelum melarikan diri bersama tiga individu lain yang menunggunya di luar penjara berkenaan.
Polis dalam pada itu telah memulakan usaha memburu lelaki tersebut dan mengarahkan kepada penduduk yang terlihat Connors untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa.- AGENSI











