Pekerja swasta mengaku tidak bersalah miliki pistol tiruan - Utusan Malaysia

Pekerja swasta mengaku tidak bersalah miliki pistol tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 10 Mac – Seorang pekerja swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol tiruan di hadapan sebuah kedai serbaneka Sabtu lalu.

Adriandi Idrus, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan jenis Glock di hadapan kedai serbaneka 7-Eleven, Pinggiran USJ 1, Subang Jaya, di sini, pada pukul 4.40 pagi, 6 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim mengikut Seksyen 36 Akta Senjata yang boleh dihukum mengikut Seksyen 36(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-dua sekali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini