Tarik diri Statut Rom jejas kredibiliti negara - Badan Peguam - Utusan Malaysia

Tarik diri Statut Rom jejas kredibiliti negara – Badan Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Badan Peguam Malaysia menganggap keputusan kerajaan untuk menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai langkah terkebelakang yang tidak baik untuk kredibiliti dan reputasi negara sebagai ahli komuniti antarabangsa.

Presidennya, Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata, ia adalah kali kedua kerajaan membuat ‘pusingan U’ di peringkat antarabangsa dengan yang pertama kalinya melibatkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Malaysia telah gagal untuk menyempurnakan ikrarnya untuk menyertai ICC sebaliknya memilih untuk kekal menjadi antara negara minoriti yang tidak menandatanganinya seperti Korea Utara, China, Arab Saudi dan Somalia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan kerajaan untuk menarik diri dalam kedua-dua konvensyen antarabangsa itu bermakna kerajaan harus secara aktif melibatkan diri untuk mendidik semua pihak berkepentingan serta menangani kebimbangan mereka mengenai penglibatan antarabangsa yang disalah ertikan akan memberi kesan negatif terhadap kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini