JAKARTA 9 April – Selepas hampir enam bulan tragedi membabitkan pesawat Lion Air yang mengorbankan 189 orang di Laut Jawa, Indonesia, lebih ramai lagi keluarga mangsa bertindak menyaman syarikat Boeing itu.
AP melaporkan, tindakan itu dibuat sejurus selepas permohonan maaf Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg yang mengakui kejadian itu boleh dielakkan sekiranya sistem perisian pesawat jenis Max 8 dikemas kini.
Keluarga mangsa dan peguam memberitahu, pengakuan Muilenburg itu bakal membantu menguatkan lagi bukti terhadap kes saman ke atas syarikat itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebanyak 11 keluarga mangsa menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan oleh firma Kailimang dan Ponto di sini semalam. -AGENSI











